Wednesday, November 18, 2009
realiti kehidupan
serius bunyinya
realiti
hakikat
sesuatu yang berat nak diterima oleh manusia
terima,,
tapi mengeluh
berapa ramai yang terima sambil tersenyum?
hidup ni cabaran
semakin dewasa
semakin besar cabaran tuh
dulu masa kecik
main pondok2,main anak patung barbie doll,main galah panjang,main rounders,main baling slipar,main sorok2,mandi sungai
cabarannya masa tuh,nak main,nak menang
da meningkat remaja
sekolah,berkawan,bercinta,tuisyen
cabaran banyak
maklumlah,,REMAJA,,krisis identiti
cabarannya nak menjadi lurus atau bengkok,,jangan putus putus
silap pilih gelap masa depan
kemudian bila melangkah ke ipt
cabaran lagi besar
study,,bukan macam study mase nak amik upsr,pmr,spm
banyak assingnment,,research,,bukan sikit masa,tenaga dan modal,,cabaran berat
bercinta,,mana yang kekal hubungan semenjak dari zaman sekolah kekal la
yang xkekal mula nak tangkap ikan baru,,ikan besar di ipt,,
ada yang da pikir sal kawin,,
cabaran lagi,,da nak grad,,result ok x?nak cari keje kat mana pasni??
dapat ke keje?
setimpal ke gaji aku nanti dengan kelulusan aku ni?
tapi itu dulu
hampir semua aku dah lalui
cabaran
dugaan
realiti kehidupan
mengadap manusia manusia disekeliling aku
setiap hari,,boleh dikatakan manusia yang baru
berbeza beza latar belakang,jantina,usia,,
kadang aku mengeluh
kadang aku bersungut
kadang aku malas
kadang aku marah
kadang aku acuh xacuh
tapi aku niat kerana Allah
aku harap niat aku xterpesong
harini aku marah
marah dengan lelaki
marah dengan hakikat kehidupan manusia
atau lebih tepatnya fitrah manusia
fitrah manusia berkasih sayang
apa mmg manusia ni mudah jemu?
sebelum dapat beria,,dah dapat buat xtahu @ mmg dah xmahu?
begitu?
ni petikan dari buku "aku terima nikahnya oleh hasrizal abdul jamil"
"cinta jadi derita,tiba tiba sahaja satu perasaan pelik datang,dan dengan mudah mereka akan memutuskan hubungan tersebut.jemu,itu sahaja.komitmen 'atas angin' yang tidak disegerakan kepada sebuah perkahwinan,sering berakhir hanya disebabkan oleh emosi yang diterjemahkan sebagai JEMU."
harini aku termenung
jauh,lama aku termenung
sampai terlelap
(tetiba teringat lirik lagu ni...termenung ku,,bercelaru memikirkan cinta,,apakah sebenar maknanya cinta,,)
lagi harini punya cerita
aku marah
aku terkejut
aku memang marah sebenarnya
diraba pesakit
siapa xpanas hati?
kalau ikutkan,da lama masuk icu pakcik tuh
tapi sabarrrrr
nurse kn banyak sabar
kuatkan hati
aku masih xfaham dengan lelaki
terasa sesak dada ni
dugaan sejak kebelakangan ni berat
fitrah manusia yang menyakitkan kepala
aku xmintak lebih
aku cuma mendambakan seorang lelaki yang beriman,,yang mampu membimbing dan menjaga aku,,,
salah ke perempuan macam aku untuk impikan perkara sebegitu?
kadang aku terfikir
malas nak bercinta
malas nak sakit kepala memikirkan hal lelaki
boyafrend
lelaki yang bukan hak aku
lagi petikan dari buku "aku terima nikahnya"
-pelikkah cinta tanpa berkenalan,keluar makan makan,berbalas emel dan sms?-
well,mmg banyak pro dan kontranya
tapi andai jodoh dengan cara begitu,,siapa yang mampu menghalang?
entah
mengeluh dan mengeluh
termenung dan terus termenung
cerita yang xberkesudahan
letih
hakikat kehidupan memang begitu
fitrah manusia memang begitu
...kehilangan kasih dan sayang ialah ibarat seperti dahaga yang tidak bertemu minum, lapar yang tidak bertemu makan...
0 Comments:
Post a Comment